SOALAN LAZIM PRS
Semua persoalan yang kebiasaan ditanya akan terjawab di bawah. Anda ada soalan lain lagi? Boleh terus call/Wasap saya : 018-901 8282
1. Apakah itu PRS?
PRS secara amnya merupakan Skim Persaraan Swasta yang ditubuhkan bertujuan menambah dana persaraan rakyat Malaysia. Dana persaraan rakyat Malaysia sekarang banyak bergantung kepada KWSP (bekerja swasta) dan pencen (bekerja kerajaan).
2. Siapkah boleh melabur dalam PRS?
Semua individu yang berumur 18 tahun dan ke atas samaada warganegara atau bukan warganegara. Untuk insentif RM1000 hanya untuk warganegara berumur 20-30 tahun sahaja.
3. Saya tak bekerja, boleh saya melabur dalam PRS?
Ya boleh. Semua individu layak melabur dalam PRS tak kira pelajar, surirumah atau yang bekerja sendiri.
4. Simpanan dalam PRS ini boleh dikeluarkan bila-bila ke?
Untuk maklumat anda, PRS terdiri daripada dua sub-akaun iaitu:
i) Sub-akaun A: 70% , boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 55 tahun
ii) Sub-akaun B: 30% , boleh dikeluarkan sekali setahun, namun ianya tertakluk kepada cukai penalti 8% ke atas setiap jumlah pengeluaran
5. Berapakah jumlah permulaan untuk menyimpan dalam PRS?
Jumlah yang diperlukan ialah RM1000 sahaja. Namun demikian, bagi mereka yang mampu, disarankan menyimpan lebih banyak. Simpanan secara tetap setiap bulan juga sangat digalakkan di mana ia boleh meningkatkan lagi dana persaraan kita kelak. Tambahan simpanan adalah serendah RM100 sahaja.
6. Berapa dividen PRS setiap tahun?
Bagi PRS, pengagihan dividen adalah bergantung kepada prestasi semasa dana yang dilaburkan. TIADA jaminan berapa % dividen @ berapa sen dividen yang akan diperolehi pada tahun tersebut. Ia jelas berbeza dengan KWSP, di mana polisi KWSP menetapkan kadar dividen minima adalah 2.5% setahun.
7. Apa yang berlaku kepada pelaburan PRS selepas kematian secara tiba-tiba?
Penamaan benefisiari tidak dibenarkan di bawah undang-undang untuk PRS dan sekiranya berlaku kematian, wang PRS akan kembali kepada harta pusaka ahli yang telah mati dan diagihkan mengikut arahan mahkamah.
8. Bila pelaburan PRS boleh dikeluarkan?
Permohonan pengeluran boleh dilakukan sekiranya berlaku salah satu keadaan berikut:
Nota*: Ahli akan dimaklumkan jika terdapat sebarang pindaan ke atas had umur terkini.)
9. Apa perbezaan antara KWSP dan PRS?
KWSP adalah caruman wajib bagi mereka yang bekerja manakala PRS adalah caruman SUKARELA. Seseorang yang bijak, pasti akan mencarum dalam PRS juga. Anda bijak kan? Kenapa perlu carum juga dalam PRS ini?

- Selepas ahli mencapai umur persaraan iaitu 55 tahun* - pengeluaran penuh/sebahagian boleh dibuat.
- Kematian ahli, hanya pengeluran penuh sahaja yang dibenarkan.
- Penghijrahan secara kekal ke negara lain, pengeluran penuh sahaja yang dibenarkan.
- Apabila ahli belum mencapai had umur persaraan, pengeluaran dari Sub-akaun B boleh dibuat secara penuh/sebahagian.
Nota*: Ahli akan dimaklumkan jika terdapat sebarang pindaan ke atas had umur terkini.)
9. Apa perbezaan antara KWSP dan PRS?
KWSP adalah caruman wajib bagi mereka yang bekerja manakala PRS adalah caruman SUKARELA. Seseorang yang bijak, pasti akan mencarum dalam PRS juga. Anda bijak kan? Kenapa perlu carum juga dalam PRS ini?
- Insentif RM1000 bagi yang berumur 20-30tahun
- Pelepasan cukai individu RM3000
- PERCUMA PA Insuran/Takuful sehingga RM100,000 ( Min NAV RM5,000 dan Umur perlindungan 18-59 tahun)
Comments
Post a Comment