KENAPA PERLU BUAT ARAHAN DEBIT TERUS (DDI)
APA ITU DDI?
DDI adalah singkatan daripada arahan debit terus. Ia adalah arahan tetap untuk bank anda memindahkan wang dari akaun simpanan ke akaun yang lain.
Dalam industri unit amanah, ia biasanya bermaksud pindahan wang dari akaun simpanan ke dana pelaburan anda secara bulanan.
APAKAH MANFAATNYA?
DOLAR COST AVERAGING/PURATA KOS DOLAR
Anda boleh pratikkan prinsip kos dolar (DCA) untuk pelaburan anda. DCA membolehkan anda melabur dalam jumlah kecil secara pelaburan tetap, secara konsisten dalam jangka masa panjang dan mengelakkan isu menganggar turun naik pasaran (market timing). Sekiranya anda menganggar turun naik pasaran, dan melakukan pelaburan dalam suatu jumlah besar secara sekaligus. Jika bernasib BAIK, maka anda dapat membeli pada harga yang murah. Sebaliknya jika anda kurang bernasib baik, maka anda akan melabur pada harga yang tinggi.
SIMPAN DAHULU, BELANJA KEMUDIAN
Anda mesti selalu mendengar perkataan ini: simpan dahulu, belanja kemudian. Ia merupakan suatu nasihat yang bagus, yang mana anda melakukan simpanan terlebih dahulu dan lebihan wang barulah dibelanjakan. Ia memastikan anda mengutamakan komitmen pelaburan terlebih dahulu dan baki wang barulah digunakan.
DISIPLIN & TAK EMOSI
Dengan potongan bank secara automatik, anda tiada dipengaruhi dengan emosi anda. Anda mudah jatuh ke perangkap sekiranya menganggar turun naik pasaran. Anda pasti tergoda untuk menunggu harga yang lebih rendah sebelum memasuki pasaran/melabur. Dengan mengikuti perubahan pasaran, anda juga akan menjadi beremosi dan sentiasa dipengaruhi oleh pasaran.
TAK LUPA
Memandangkan arahan kepada bank dipotong secara bulanan, anda tidak perlu ingat untuk melakukan pemindahan tersebut. Peratusan yang tinggi anda akan lupa sekiranya melakukan secara manual. Dengan itu, anda boleh menumpukan masa dan tenaga anda kepada tugas yang lebih produktif.
JUMLAH YANG KONSISTEN
Dengan mengamalkan prinsip DCA, jumlah pelaburan adalah konsisten. Dengan jumlah yang konsisten, wajaran adalah sama untuk semua masa pelaburan. Dengan itu ia berfungsi dengan baik untuk prinsip DCA.
MUDAH DAN SENANG
Memandangkan ia adalah automatik, anda hanya perlu tandatangan sekali sahaja untuk potongan bulanan tersebut. Bank akan melakukan potongan bulanan sehingga tempoh masa ditetapkan.
TIDAK MEMERLUKAN JUMLAH YANG BESAR
Memandangkan jumlahnya yang kecil , ia tidak menjejaskan perbelanjaan anda. Ia sama seperti pemotongan biasa untuk rumah, cukai pendapatan, yuran dan lain-lain.
KETENANGAN FIKIRAN, DANA KECEMASAN
Apabila anda telah menetapkan pelan pelaburan tetap, anda juga secara automatik menyediakan dana kecemasan. Pelaburan DDI ini harus dianggap sebagai jalan terakhir dan hanya digunakan semasa kecemasan sebenar. Anda mempunyai ketentangan fikiran bahawa terdapat beberapa wang pelaburan yang disimpan dalam akaun lain.
PENGUMPULAN KEKAYAAN
DDI membolehkan pelabur mengumpul kekayaan bermula dari kecil untuk perancangan kewangan masa depan. Matlamat perancangan kewangan seperti persaraan, pendidikan anak-anak, deposit untuk rumah baru, percutian impian bersama keluarga dan lain-lain. Dengan melakukan DDI, pastinya pada masa hadapan anda mempunyai wang yang lebih.
JUMLAH SASARAN
Jika anda mempunyai matlamat khas untuk dicapai, anda akan dapat mengira jumlah penuh untuk tujuan itu. Sebagai contoh, pada umur persaraan kelak, anda ingin mempunyai RM2,000,000. Anda boleh mengira jumlah DDI / simpanan bulanan yang perlu disimpan untuk mencapai matlamat tersebut dalam tempoh yang anda inginkan.
TIDAK BEGITU MUDAH
Dengan mempratikkan DDI untuk melabur, wang anda dipindahkan dari akaun simapan anda ke dalam akaun pelaburan. Ia tidak mudah mengeluarkan wang dari akaun pelaburan berbanding dengan kad ATM. Pada dasarnya, ia adalah untuk melindungi wang anda daripada dibelanjakan.
Kongsikan jika bermanfaat.
Comments
Post a Comment