CARA PENGIRAAN KEUNTUNGAN UNIT AMANAH

Ramai tertanya-tanya bagaimanakah keuntungan unit amanah dikira? Kerap kali soalan ini dilontarkan kepada Pak Cu.

Jadi, hari ini izinkan Pak Cu untuk berkongsi mengenai perkara ini. Moga tuan/puan akan lebih jelas selepas ini. Secara umumnya, terdapat dua jenis keuntungan dalam pelaburan Unit Amanah:


1. Pengagihan pendapatan/ Income distribution 

Perlu difahami ialah pengagihan pendapatan ini TIDAK semestinya ada pada setiap dana, ia nya bergantung kepada prestasi sesuatu dana tersebut. Melainkan dana tersebut menjanjikan dividen yang dibayar setiap tahun (Anual policy Distribution).

Pengagihan pendapatan (distribution) adalah TIDAK sama dengan dividen. Apabila pengagihan pendapatan dilakukan, NAV/unit akan dikurangkan mengikut jumlah pengagihan pendapatan yang diberikan. Manakala bagi dividen pula ia nya TIDAK menjejaskan harga per unit.

Sebenarnya mudah jer nak faham tentang distribution ini, ia nya lebih kurang sama dengan dividen. Contoh modal RM10,000, dividen 7.5% , so dividen yang dapat ialah RM750. So, duit anda sekarang sudah menjadi RM10,750 ( RM10,000 + RM750).

Jika anda dah melabur, sila semak sekarang sama ada dana anda memberikan pengagihan pendapatan atau tidak?

Dalam Unit Amanah, contoh pengiraan adalah seperti di bawah:
Sebagai contoh, anda telah melabur sebanyak RM10,000 dalam dana ABC pada 3 Jan 2016 ketika harga dana tersebut RM0.25

Jumlah pelaburan: RM10,000

NAV per unit (harga) : RM0.25
Caj jualan: 5.5% dari NAV per unit

**NAV = Net asset value











GST = Caj jualan dikenakan x GST (%)
         = RM519.70 x 6%
         = RM31.18


Nilai pelaburan bersih = Jumlah pelaburan - caj jualan dikenakan - GST
                                     = RM10,000 - RM519.70 - RM31.18
                                     = RM9,449.12


Unit yang dapat = Nilai pelaburan bersih / NAV per unit
                           = RM9,449.12 / RM0.25
                           = 37,796.48 units



Katakan Dana ABC ini telah umumkan pengagihkan pendapatan pada Oktober 2016 sebanyak 1 sen per unit.

Pengagihan = RM0.01 x 37,796.48 unit
                    = RM377.96

Sekiranya nilai ini tiada dikeluarkan, ia nya akan ditukarkan kepada bentuk unit, katakan harga semasa itu ialah RM0.26

Unit yang dapat = RM377.96 / RM0.26
                           = 1453.69 units

Jadi unit yang ada semasa ialah 39,250.17 units (37,796.48 + 1453.69)



2. Capital Gain/ kenaikan harga
Capital gain atau kenaikan harga merujuk kepada harga per unit dana yang meningkat, membeli pada harga yang murah dan menjual pada harga yang tinggi. Kita teruskan menggunakan contoh pelaburan di atas, katakan pada Julai 2017 harga per unit telah naik kepada RM0.29

Jadi, jumlah wang yang ada sekarang = RM0.29 x 39,250.17 units
                                                             = RM11,382.55

Jan 2016 - July 2017 = Setahun setengah
Keuntungan = RM11,382.55 - RM10,000
                     =RM1382.55

Dalam bentuk % = RM1382.55 / RM10,000  x 100%
                            = 13.82%



Faham ke faham?

Jika terdapat sebarang pertanyan boleh terus hubungi Pak Cu di 018-901 8282


Kongsikan artikel ini sekiranya anda rasa ia bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN PENGAGIHAN (DISTRIBUTION) DALAM UNIT TRUST

GERAN SEPADAN RM500