KEBAIKAN PRS
Tahniah kerana anda berada di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Skim Persaraan Swasta (PRS). Soalan pertama dari kebanyakan orang ialah apa itu PRS? Secara ringkasnya PRS adalah satu Skim simpanan SUKARELA jangka panjang yang direka untuk membantu rakyat Malaysia mengumpulkan simpanan bagi tujuan persaraan.
Kenapa Pak Cu beria-ria duk promo tentang PRS ini? Jom kita tengok apakah kebaikan/kelebihan PRS ini:
1. Sebagai dana persaraan tambahan kepada pencen @ KWSP
Sebagaimana yang kita ketahui, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai dana persaraan yang mencukupi dan rata-ratanya tak bersedia untuk bersara. Sebagaimana yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia (rujuk gambar di atas) : 92% rakyat Malaysia bimbang tidak cukup dana persaraan. Boleh baca selanjutnya di 92% Rakyat Malaysia bimbang tidak cukup dana persaraan
2. Insentif RM1000
Ini mungkin menjadi sebab utama anda juga WAJIB mencarum dalam PRS. Dengan mencarum RM1000 wang sendiri, anda yang berumur 20-30 tahun terus layak mendapat tambahan RM1000 dari kerajaan. Sangat untung! Ini dikira sebagai 100% keuntungan. Mana nak cari adik-adik?
Tahukah anda, sekiranya anda menyimpan RM1000 dalam sesebuah instrumen pelaburan yang mendatangkan 8% pulangan setahun. Anda memerlukan 9 tahun untuk menjadikan wang pelaburan ini = RM2000.
Boleh rujuk berita di nst: berita nst
3. Pelepasan cukai individu RM3000 setahun
Untuk makluman semua, Kerajaan Malaysia menyediakan pelepasan cukai individu sehingga RM3000 setiap tahun ke atas caruman PRS selama 10 tahun iaitu sehingga tahun 2021. Sebagai tambahan, pendapatan yang dijana melalui PRS adalah dikecualikan cukai. Anda boleh mendapat penjimatan sehingga RM720, boleh rujuk jadual di bawah:
4. Percuma PA insuran/takaful
Wow!! Mencarum dalam PRS pun dapat insuran/takaful percuma? Yes betul. Dengan syarat jumlah nilai aset bersih (NAV) anda berjumlah minimum RM5000. Dan jumlah perlindungan adalah terhad kepada RM100,000 sahaja. Umur perlindungan adalah dari 18-59 tahun.
Contoh tuan/puan mencarum dalam PRS RM30,000, andainya tuan/puan meninggal atau hilang upaya, tuan/puan layak mendapat RM60,000 ( RM30,000 simpanan + RM30,000 insuran/takaful).
5. PRS Telus
PRS telus kerana perkara-perkara ini didedahkan:
- Prestasi dana
- Caj dan kos
- Terbitan laporan tahunan
- Strategi pelaburan
- Objektif pelaburan
Nak Pohon??
Boleh baca detailnya di --> Permohonan PRS
Pertanyaan boleh Wasap ke: www.wasap.my/60189018282
Comments
Post a Comment