TABIAT MENYIMPAN
SUSAH NAK MENYIMPAN !! Alasan ini lah selalu didengari apabila menyentuh bab simpanan. Bagaimana ingin mencipta tabiat menyimpan dalam diri seseorang itu? Dengan keadaan dunia yang penuh cabaran, kos sara hidup yang tinggi, ramai berpendapat untuk memulakan simpanan adalah sangat susah. Pada pendapat saya, semuanya bergantung kepada keazaman diri sendiri sahaja. Ia bukan berkaitan berapa yang dapat, tetapi sebenarnya apa yang penting ialah berapa yang anda mampu simpan dari pendapatan anda. Sebagai contoh ada yang berpendapatan RM3000 sebulan, tetapi disebabkan kurang kesedaran menyimpan dan kotmitmen bulanan yang tinggi, tiada lebihan wang untuk disimpan. Ada juga mereka yang berpendapatan kecil sekitar RM1000-RM1500, tetapi sebulan mampu menyimpan 10-20% dari gaji. Diri sendiri yang menentukannya. TINDAKAN yang menentukan segala-galanya. Untuk mendapatkan sejumlah simpanan yang besar, ada perlulah memulakan simpanan dari jumlah yang kecil. Sebagai contoh sehari RM5 atau sebulan...