MULAKAN DENGAN MERANCANG
Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal
Jadi di sini kita dapat ketahui bahawa pentingnya sesebuah perancangan itu, lagi-lagi ia melibatkan kewangan kita. Di bawah ini, disertakan beberapa contoh matlamat kewangan pada masa depan/tujuan menyimpan:
1. Dana persaraan
2. Dana pendidikan anak-anak
3. Dana pembelian rumah baru
4. Dana melancong
5. Dana menunaikan haji atau sebab-sebab keagamaan
6. Dana beli kereta baru
Untuk memastikan semua matlamat yang dikehendaki itu tercapai, kita memerlukan perancangan. Dalam pengurusan kewangan, apa yang penting untuk diketahui ialah MASA. Masa di sini merujuk kepada masa yang dimiliki untuk mencapai matlamat kewangan tersebut.
Sebagai contoh seseorang yang mempunyai anak berumur 2 tahun, masih mempunyai 16 tahun untuk mengumpul dana pendidikan anaknya tersebut. Dan pada umur 18 tahun , dana tersebut sudah mencukupi untuk anak tersebut melanjutkan pendidikannya ke Universiti. Hal ini berbeza pula sekiranyan anak tersebut sudah berumur 9 tahun, masa yang dimiliki untuk mengumpul dana pendidikan ini menjadi semakin SINGKAT iaitu 9 tahun sahaja lagi. Semakin singkat masa yang anda, semakin tinggi jumlah simpanan yang diperlukan bagi mencapai matlamat yang sama. Jadi di sini sangat penting untuk merancang seawal yang mungkin.
Selalu kita dengar, pelaburan memerlukan masa untuk berkembang. Ya, ini benar. Semakin lama masa yang dimiliki, semakin lama kuasa berganda bekerja. Biarkan wang anda bekerja keras untuk anda, bukannya anda bekerja keras untuk wang anda.
Apabila mengetahui matlamat dan juga masa yang ada, barulah kita boleh merancang, berapakah jumlah yang perlu disimpan sekarang dan disimpan secara tetap setiap bulan bagi mencapai matlamat tersebut.

Comments
Post a Comment