UBAH CARA BERBELANJA DAN GAYA HIDUP

Untuk menghadapi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, pengguna perlu mengubah cara berbelanja dan gaya hidup ke arah kesederhanaan.
Kita perlu mengkaji semula corak perbelanjaan, selain berjimat-cermat bagi mengelakkan pembaziran, mewujudkan dana kecemasan dan mengelak daripada membuat pinjaman baharu.
Ini semua penting bagi kita dalam menghadapi kesan negatif yang tercetus daripada peningkatan kos sara hidup yang semakin meruncing.
Sehingga November lepas seramai 244,517 rakyat Malaysia mendapatkan khidmat kaunseling dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan 40.7 peratus atau 99,347 orang daripada mereka terlibat dalam program pengurusan hutang.


Antara faktor utama masalah kewangan yang dihadapi mereka ialah kerana perancangan kewangan yang lemah iaitu sebanyak 22.9 peratus, kos perubatan yang tinggi (18.3%), kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan (15.2%) dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit (11.1%).
Tidak sukar untuk kita mengawal perbelanjaan. Apa yang diperlukan ialah disiplin dan fokus perkara kecil seperti kurangkan makan di luar, tutup suis elektrik dan paip air dengan sempurna, menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah pendapatan serta berbelanja mengikut kemampuan.


Cara paling mudah ialah dengan mengadakan belanjawan dengan menyenaraikan pendapatan dan menolak setiap perbelanjaan yang perlu.
Melalui senarai belanjawan, pengguna dapat melihat kekurangan atau lebihan perbelanjaannya, sekali gus boleh menstruktur semula perbelanjaan dan mengubah perbelanjaan negatif kepada positif agar dapat membuat simpanan tambahan.
Lazimnya, kita sedar akan masalah yang dihadapi akibat situasi ini, namun jika kita hanya berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan, situasi ini boleh menjejaskan kehidupan peribadi termasuk masalah keluarga dan pekerjaan.
Kita perlu memanfaatkan perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh kerajaan seperti Pendidikan Kewangan, Kaunseling dan Nasihat tentang Pengurusan Kewangan dan Program Pengurusan Kredit.
Melalui perkhidmatan program-program ini, kita boleh mendapatkan khidmat percuma kaunseling dan nasihat berhubung belanjawan, pengurusan wang dan isu-isu kredit termasuk membantu diri membuat belanjawan bagi mengurus perbelanjaan.
Dengan ilmu yang dibekalkan oleh program-program berkenaan, kita akan dapat merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dan efektif terutamanya ketika menghadapi kenaikan harga yang menyebabkan kos sara hidup yang tinggi.
Anda juga boleh cuba untuk melakukan perbelanjaan harian mengikut keutamaan. Ini boleh dilakukan dengan terlebih dahulu menyediakan senarai barangan daripada yang penting sehinggalah barangan tidak penting dan wajib.
Selain itu, anda juga perlu menetapkan had perbelanjaan untuk sesuatu pembelian bagi mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan mengikut nafsu.


Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); PKPKL@hotmail.com dengan kerjasama KPDNKK

Comments


  1. Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
    in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
    categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
    loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
    mohanmendcompany01@gmail.com

    LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
    ******************************
    1) Full Name:
    2) Gender:
    3) Loan Amount Needed:
    4) Loan Duration:
    5) Country:
    6) Home Address:
    7) Mobile Number:
    8) Fax Number:
    9) Occupation:
    10) Monthly Income:
    11) Salary Date:
    12) Purpose of loan:
    13) Where did you get our loan advertisement:
    mohanmendcompany01@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans atlow interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    Whats app +919205646839
    beautfinance@gmail.com

    Please, do provide us with the Following information if interested.

    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………

    Thanks and Best Regards.
    beautfinance@gmail.com
    Whats app +919205646839

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN PENGAGIHAN (DISTRIBUTION) DALAM UNIT TRUST

GERAN SEPADAN RM500

CARA PENGIRAAN KEUNTUNGAN UNIT AMANAH