Posts

KEBAIKAN PENGAGIHAN (DISTRIBUTION) DALAM UNIT TRUST

Di bawah disenaraikan beberapa kelebihan pengagihan (distribution) dalam skim Unit amanah: 1. MENGURANGKAN HARGA DANA Harga dana diuruskan dalam lingkungan harga tertentu.Oleh kerana aset dana terus berkembang membentuk instrumen saham, bon dan pasaran wang.  Pengurus dana akan melakukan yang terbaik untuk meningkatkan nilai portfolio mereka. Jika tiada pengedaran diisytiharkan, harga dana akan terus meningkat dalam jangka panjang Sebagai contoh, dana dengan harga per unit $1.00 memberikan pengagihan sebanyak $0.10 selepas pasaran ditutup. Harga dana akan menjadi $ 0.90 pada hari berikutnya pasaran terbuka. Oleh itu, harga dana telah dikurangkan ke bawah $ 1.00.   Mari kita anggap dana itu mempunyai pulangan sebanyak 50% selepas 5 tahun. Dana awal $1.00 kini akan dinilai pada $1.50 ($ 1.00 Modal + $ 0.50 Pertumbuhan). Adakah anda fikir ia akan dapat menarik leb...

KENAPA PERLU BUAT ARAHAN DEBIT TERUS (DDI)

Image
APA ITU DDI? DDI adalah singkatan daripada arahan debit terus. Ia adalah arahan tetap untuk bank anda memindahkan wang dari akaun simpanan ke akaun yang lain. Dalam industri unit amanah, ia biasanya bermaksud pindahan wang dari akaun simpanan ke dana pelaburan anda secara bulanan. APAKAH MANFAATNYA? DOLAR COST AVERAGING/PURATA KOS DOLAR  Anda boleh pratikkan prinsip kos dolar (DCA) untuk pelaburan anda. DCA membolehkan anda melabur dalam jumlah kecil secara pelaburan tetap, secara konsisten dalam jangka masa panjang dan mengelakkan isu menganggar turun naik pasaran (market timing). Sekiranya anda menganggar turun naik pasaran, dan melakukan pelaburan dalam suatu jumlah besar secara sekaligus. Jika bernasib BAIK,  maka anda dapat membeli pada harga yang murah. Sebaliknya jika anda kurang bernasib baik, maka anda akan melabur pada harga yang tinggi. SIMPAN DAHULU, BELANJA KEMUDIAN Anda mesti selalu mendengar perkataan ini: simpan dahulu, belanja kemudian...

HARGA UNIT RENDAH VS HARGA UNIT TINGGI

Image
Harga Unit Rendah Vs Harga Unit Tinggi Dana Unit Amanah Yang mana lebih baik? Terdapat idea-idea yang dikongsikan mengenai perbezaan antara dana Unit Trust yang berharga lebih rendah berbanding harga yang lebih tinggi. Terdapat segelintir orang yang percaya bahawa unit harga yang lebih tinggi telah menjadi mahal dan sudah tiba masanya untuk menjualnya. Mungkin ada kebenaran dalam idea itu. Mari kita lihat dengan prestasi dana sebenar untuk mengujinya. Pertama sekali, anda perlu memahami bagaimana dan mengapa harga unit naik. Nilai Aset Bersih dana meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut: a) nilai saham dan bon telah meningkat disebabkan oleh arah aliran pasaran. b) syarikat-syarikat mengumumkan dividen yang baik kepada pemegang saham. c) bon memberikan bayaran kupon yang tinggi. d) instrumen pasaran wang memberi kadar bunga yang tinggi. Berikut adalah beberapa pertimbangan untuk anda mengetahuinya: a) dana telah meningkat dalam masa yang singka...

GERAN SEPADAN RM500

Image
Simpan RM500, dapat RM500 Siapa tak nak kan? Geran ini diberikan khas kepada anak-anak yang berumur 7-12 tahun sahaja (ikut tarikh lahir) Nak buka akaun boleh buat melalui online di:   Daftar SSPN1M-i Plus Macam-macam soalan dari ibubapa mengenai Geran sepadan SSPN1M ini, jom baca antara soalan yang selalu ditanya oleh ibubapa: Soalan 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan SSPN1M? Jawapan : SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia yang dijenamakan semula daripada produk simpanan PTPTN. SSPN1M terdiri daripada SSPN1M-i yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN1M-i Plus atau dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus. Walaupun dengan penjenamaan ini, ciri-ciri produk masih sama dan kekal relevan untuk penabungan pendidikan anak-anak. Soalan 2 : Apakah insentif Geran Sepadan RM500? Jawapan : Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500 adalah insentif daripada Bajet 2018 yang diberikan secara percuma bernilai RM500. Soalan 3 : Bilakah pelaksan...

BELIA PERLU AMBIL PELUANG INSENTIF PRS RM1,000

Image
⭐ Duit FREE RM1,000 pun tak nak? Huhu ⭐ Untuk orang muda umur 20-30 tahun jer.. simpan RM1,000 dan dapat RM1,000 ⭐ Apabila bersara, kita perlu menyediakan simpanan sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 tahun. Jika bersara pada usia 60 tahun, perlu ada simpanan bagi menampung kehidupan sehingga usia 80 tahun. ⭐ 272,455 pencarum PRS direkodkan setakat Oktober tahun lalu ⭐ RM2 Billion nilai aset di bawah pengurusan (AUM) ⭐ 56 Dana berbeza, termasuk dana patuh syariah ditawar PRS ⭐ 70,000 belia sudah menikmati insentif RM1,000 ke dalam akaun mereka Sumber: Berita Harian, 9 Januari 2018, Ms. 19 #GrowMoneyValue #SimpanSebelumBelanja