Posts

Showing posts from July, 2018

KENAPA PERLU BUAT ARAHAN DEBIT TERUS (DDI)

Image
APA ITU DDI? DDI adalah singkatan daripada arahan debit terus. Ia adalah arahan tetap untuk bank anda memindahkan wang dari akaun simpanan ke akaun yang lain. Dalam industri unit amanah, ia biasanya bermaksud pindahan wang dari akaun simpanan ke dana pelaburan anda secara bulanan. APAKAH MANFAATNYA? DOLAR COST AVERAGING/PURATA KOS DOLAR  Anda boleh pratikkan prinsip kos dolar (DCA) untuk pelaburan anda. DCA membolehkan anda melabur dalam jumlah kecil secara pelaburan tetap, secara konsisten dalam jangka masa panjang dan mengelakkan isu menganggar turun naik pasaran (market timing). Sekiranya anda menganggar turun naik pasaran, dan melakukan pelaburan dalam suatu jumlah besar secara sekaligus. Jika bernasib BAIK,  maka anda dapat membeli pada harga yang murah. Sebaliknya jika anda kurang bernasib baik, maka anda akan melabur pada harga yang tinggi. SIMPAN DAHULU, BELANJA KEMUDIAN Anda mesti selalu mendengar perkataan ini: simpan dahulu, belanja kemudian...