Posts

Showing posts from October, 2017

TABIAT MENYIMPAN

Image
SUSAH NAK MENYIMPAN !! Alasan ini lah selalu didengari apabila menyentuh bab simpanan. Bagaimana ingin mencipta tabiat menyimpan dalam diri seseorang itu? Dengan keadaan dunia yang penuh cabaran, kos sara hidup yang tinggi, ramai berpendapat untuk memulakan simpanan adalah sangat susah. Pada pendapat saya, semuanya bergantung kepada keazaman diri sendiri sahaja. Ia bukan berkaitan berapa yang dapat, tetapi sebenarnya apa yang penting ialah berapa yang anda mampu simpan dari pendapatan anda. Sebagai contoh ada yang berpendapatan RM3000 sebulan, tetapi disebabkan kurang kesedaran menyimpan dan kotmitmen bulanan yang tinggi, tiada lebihan wang untuk disimpan. Ada juga mereka yang berpendapatan kecil sekitar RM1000-RM1500, tetapi sebulan mampu menyimpan 10-20% dari gaji. Diri sendiri yang menentukannya. TINDAKAN yang menentukan segala-galanya. Untuk mendapatkan sejumlah simpanan yang besar, ada perlulah memulakan simpanan dari jumlah yang kecil. Sebagai contoh sehari RM5 atau sebulan...

MERAIH MANFAAT DARIPADA PELABURAN SYARIAH

DANA BARU DILANCARKAN Nama: Public Islamic Global Equity Fund (PISGEF) Benchmark Annual Return: 14.58% 5 year annualised return Sebab-sebab melabur dalam PISGEF: 1. Manfaatkan Potensi Pertumbuhan Ekonomi Global 2. Manfaat daripada pendedahan Mata Wang Asing 3. Pendedahan kepada syarikat Multinasional Objektif Dana: Untuk mencapai pertumbuhan modal dalam tempoh jangka masa panjang dengan melabur dalam portfolio saham yang pelbagai yang mematuhi keperluan Syariah yang tersenarai di pasaran global. Harga Terbitan Permulaan: RM0.25 seunit Tempoh Tawaran: 26 September - 16 Oktober 2017 Sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2017/09/27/meraih-manfaat-daripada-pelaburan-patuh-syariah Sumber: http://www.theedgemarkets.com/article/public-mutual-launches-public-islamic-global-equity-fund Sumber: http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/09/27/public-mutual-launches-islamic-global-equity-fund/

MULAKAN DENGAN MERANCANG

Image
Jika anda gagal merancang, anda  merancang untuk gagal  Jadi di sini kita dapat ketahui bahawa pentingnya sesebuah perancangan itu, lagi-lagi ia melibatkan kewangan kita. Di bawah ini, disertakan beberapa contoh matlamat kewangan pada masa depan/tujuan menyimpan: 1. Dana persaraan 2. Dana pendidikan anak-anak 3. Dana pembelian rumah baru 4. Dana melancong 5. Dana menunaikan haji atau sebab-sebab keagamaan 6. Dana beli kereta baru Untuk memastikan semua matlamat yang dikehendaki itu tercapai, kita memerlukan perancangan. Dalam pengurusan kewangan, apa yang penting untuk diketahui ialah MASA. Masa di sini merujuk kepada masa yang dimiliki untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Sebagai contoh seseorang yang mempunyai anak berumur 2 tahun, masih mempunyai 16 tahun untuk mengumpul dana pendidikan anaknya tersebut. Dan pada umur 18 tahun , dana tersebut sudah mencukupi untuk anak tersebut melanjutkan pendidikannya ke Universiti. Hal ini berbeza...