SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK BERSARA?
TAHUKAH ANDA? Berdasarkan catatan Buku Kecil Simpanan KW$P dan Persaraan Anda, bertarikh 25 Mac 2015 : 53% Ahli KW$P mempunyai simpanan tidak melebihi RM20,000 pada umur 54 tahun. 68% Ahli KW$P mempunyai simpanan tidak melebihi RM50,000 pada umur 54 tahun. 50% Pesara habis membelanjakan simpanan KW$P mereka dalam masa 5 tahun. Jadi, adakah anda masih bergantung sepenuhnya kepada KW$P anda sebagai dana persaraan? Semestinya anda perlu merancang dan mempunyai dana persaraan tambahan bagi mengelakkan kekurangan dana persaraan apabila bersara kelak. Antara beberapa faktor yang memerlukan anda mempunyai dana persaraan tambahan ialah peningkatan jangka hayat di Malaysia dan juga peningkatan kos perubatan. Oleh itu, bagi mereka yang masih muda, bermulalah sekarang sebelum terlewat. Jom tambah dana persaraan anda bersama kami. Terdapat beberapa cara untuk menambahkan simpanan persaraan anda: Bermula dengan pelaburan sekaligus dalam unit amanah atau dana S...